CABARAN MATERIALISME
Cabaran yang dihadapi ialah masih ada masyarakat yang terikut-ikut dengan budaya barat sebab dunia orang barat sangat moden sangat mendalam sehingga masyarakat hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang itu seperti yang diajar agama masing-masing. Zaman sekarang ini, siapalah yang tidak tahu laman media iaitu seperti Instagram, Facebook dan banyak lagi. Ramai yang menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing di laman media jadi orang yang melihat itu pun mahu mengikut walaupun mereka tahu mereka tidak mampu mereka sanggup meminjam wang daripada orang untuk membeli barang tersebut. Remaja zaman ini banyak mudah terikut dengan budaya luar. Mereka mudah terpengaruh dengan hiburan yang berteraskan kemeriahan melalui muzik, filem, nyanyian, kartun dan sebagainya tersebar luas di kalangan masyarakat seluruh dunia. Mereka juga terpengaruh dengan budaya makanan, pakaian dan hiburan ala-ala budaya luar di kehidupan mereka.
CARA MENGATASI MATERIALISME
' Dimana ada kemahuan di situ ada jalan' begitu juga dengan masalah ini, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Empat cara mengatasi masalah materialisme ini adalah menyedarkan diri kita sendiri bahawa duit datang dan pergi. Pada zaman sekarang ini ramai orang berjuang dengan materialisme dalam semua hal. Contohnya ingin memiliki barang yang terbaru dan terbaik. Tetapi kita mesti kurangkan sikap itu, dengan cara kita harus dapat mempertimbangkan berapa banyak kita dapat menjimatkan wang, kita juga haruslah tahu tidak perlulah kita membeli hal-hal atau barang-barang yang baru. Dengan cara itu kita boleh memutuskan diri dengan lebih berjimat ceramat akan lebih mengutungkan kehidupan kita dan manfaat yang lebih besar daripada perhiasan, pakaian dan barang yang terbaru. Selain itu, kita hendaklah menghindari sifat tamak dan rakus. Kita hendaklah menyadari bahawa tidak semua benda atau sesuatu itu tidak selalu menjadi hal yang baru dan tidak semua benda yang kita ingin kita dapat. Kita hendaklah sedar bahawa harta benda tidak akan selalu menjadi hal yang baru selamanya. Kita harus baung sifat tamak dan rakus. Kita juga patut untuk berasa tidak terlalu materialise. Tidak ada benda yang kekal selamanya di muka bumi ini. Menyadari bahawa harta benda hanya bersifat sementara. Kebanyakan orang akan merasa tidak terlalu materialisme bila mereka boleh memahami apa yang cuba disampaikan ini. Seterusnya, kita perlu menanam sikap menabung. Dengan cara menabung kita dapat menyimpan duit kita bila waktu kecemasan kita dapat menggunakannya. Dengan cara menabung juga kita tidak perlu meminta wang atau meminjam wang daripada orang lain sebab kita tidak perlu meminta wang atau meminjam wang daripada orang lain sebab kita tidak tahu bila kita memerlukan duit tersebut. Yang terakhir adalah menjalin sosialisasi dengan lingkungan masyarakat sederhana. Tinggalkan lingkungan yang membuat kita menjadi materialisme dan ketahuilah bahawa itu adalah sifat yang sangat buruk untuk diri kita. Terlalu sibuk memikirkan cara mendapatkan barang-barang yang tidak perlu dan barang yang hendak dibeli kerana ramai yang membeli barang tersebut akan membuat diri kita ini tidak memikirkan hal di masa depan dan mereka seharusnya perlu berfikir bahawa mereka patut membeli barang keperluan seharian sahaja. Jika benda itu tidak diperlukan kita usaha membeli dahulu. Jangan kerana orang membeli kita juga ingin membelinya sebaiknya simpan duit itu untuk keperluan masa yang akan datang.
Comments
Post a Comment